Friday, October 7, 2011

Pesanan saya Untuk Awak....


AWAK!
Jangan terlalu rapat dengan saya sebab nanti saya akan jatuh hati dengan awak.
Awak tahu hati perempuan ni mudah tersentuh.

AWAK!
Jangan terlalu baik dengan saya sebab nanti saya akan mula suka pada awak.

AWAK!
Janganlah awak text/mesej saya kalau tiada apa-apa kepentingan,
sebab nanti saya jadi rindu pada awak.

AWAK!
Jangan buat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan pada saya,tolonglah.
Saya tak dapat nak elak dari menyenanginya.

AWAK!
Saya tahu walaupun awak layan saya macam tu,
awak anggap saya kawan je kan?
Awak, saya nak bagitahu awak.
Perempuan tu hati dia lembut, cepat tersentuh.

AWAK!
Bila saya dah mula suka dekat awak,
baru awak cakap awak anggap saya macam kawan je.
Bila saya dah mula sayang pada awak,
baru awak cakap kita hanya kawan sahaja.

Sekarang baru saya faham kenapa Allah dah letakkan garis panduan dalam hubungan sesama muslimin dan muslimat.
Sebab Allah tak nak saya dan perempuan yang lain terluka kerana wanita hanya punya satu cinta~!

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka." (An-Nur 30-31)

So girls,BEWARE~
The heart is fragile, so handle with care.

"..there must be a certain distance between cars for safety,
as such there must be a distance between male and female for safety.."

wallahu'alam.
-penjagaan bersama mensucikan hati

p/s: coretan ini sya amik dr fb keluhan c teruna n dara .com... coretan nya begitu sweet jdi nie la mau share dgn kwn2 yg baca...tq


No comments:

Post a Comment